We're selling Fashionable Clothes, Original from Dubai Perfumes, Beauty and Health Products, and many more! For more details and fast reply, you can simply reach us through :
email - sofieyaboutique@gmail.com
Phone Number : 0145464116

Do visit our official websites :

- Facebook Fan Page http://www.facebook.com/ashcollections
http://www.facebook.com/sofieyaboutique
- Twitter :
http://www.twitter.com/sofieyaboutique

- Instagram :
@sofieyaboutique1
@sofieyaboutique2

FOLLOWERS :)

Tuesday, February 22, 2011

Lelaki dingin? mengapakah?

Lelaki mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya.

SAAT anda berpegang tangan dengannya, reaksi teman-teman anda dan orang di sekeliling adalah berbeza.

-JIKA kemesraan semakin jauh dalam sebuah hubungan percintaan atau perkahwinan, ia sebenarnya satu isyarat kepada anda. Sekiranya, si dia tidak lagi menghubungi anda seperti dahulu, menolak pelawaan makan malam bersama atau tidak mahu lagi berpegangan tangan, isyarat dingin itu perlu anda susuli dengan tindakan.

Jika sikapnya masih berterusan, anda harus mencari inisiatif dan berusaha mengembalikan semula kemesraan. Jika si dia masih bersikap tidak ambil peduli terhadap anda dan sentiasa ingin berjauhan saat anda memerlukannya, lakukanlah sesuatu.

Namun, jika si dia tidak menghubungi anda dalam masa sehari dua, jangan cepat berprasangka buruk terutama menuduhnya sedang menjalin hubungan dengan wanita lain.

Ingat, golongan Adam mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya. Walaupun mereka terus bersikap sedemikian, tidak bermakna mereka tidak menyintai dan enggan bermesra dengan pasangan.



Terdapat lima kemungkinan si dia bersikap sebegitu terhadap anda.

1. Tidak yakin dengan cinta

Si dia tidak yakin apakah perasaannya terhadap hubungan yang sedang dijalin. Namun, ia bukanlah faktor utama. Jadi, anda tidak perlu mendesak atau menuduh pasangan tidak serius dengan hubungan yang sedang dijalin.

2. Takut dengan cemuhan

Dia khuatir dengan apa yang difikirkan orang lain. Saat anda berpegang tangan dengannya, reaksi teman-teman anda dan orang di sekeliling adalah berbeza.

Rakan-rakan wanita biasanya akan memberi pandangan yang berbeza, sedangkan rakan-rakan lelaki umumnya akan mencemuh atau menganggap anda berdua sengaja menunjuk-nunjuk. Hal inilah yang mengganggu si dia sehingga menyebabkan dia memilih tidak mahu menunjukkan kemesraan di depan umum.


ADAKAH anda terlalu mendesak pasangan untuk menunjukkan rasa sayang?





3. Pengaruh zaman kanak-kanak

Si dia datang dari keluarga yang tidak menunjukkan rasa sayang. Sewaktu kecil, ibu bapanya tidak banyak menyatakan rasa sayang dalam bentuk ucapan mahupun belaian pada kepala, pipi, atau menerusi pelukan.

Apabila anda ingin membuktikannya, cuba lihat bagaimana situasinya saat si dia bertemu saudara perempuan atau ibunya. Anda perlu mengubah kebiasaan ini, tetapi harus melakukan perubahan itu secara perlahan-lahan.

4. Akibat desakan

Adakah anda terlalu mendesaknya untuk menunjukkan reaksi sayang terhadap anda? Misalnya dengan pertanyaan seperti, 'sayang saya tak'? atau tanpa segan, anda memegang tangannya saat memasuki pusat beli-belah atau ketika menghadiri resepsi perkahwinan rakan-rakan atau saudara-mara.

Mungkin kemesraan yang perlu ditunjukkan itu bergantung pada tempat dan situasi. Jadi, lebih baik anda bersemuka dan bincangkan bersama. Jangan mendesak sekiranya dia bertegas tidak suka kerana ini akan mengeruhkan hubungan atau dia melakukannya dengan terpaksa.

5. Tidak suka dikongkong

Kemungkinan dia tergolong dalam individu yang cepat rimas atau tidak suka dikongkong. Takut pada ruang yang sempit atau berdekatan atau merasa dirinya seperti perlu membuat pelbagai perkara demi anda. Dia rimas sekiranya orang lain berada terlalu dekat dengannya, termasuk kekasihnya. Lelaki sebegini sentiasa memerlukan ruang yang lebih luas untuk dia berkomunikasi lebih lancar dengan kekasihnya.


xsemua lelaki sama. try ur best to be the best to them. but if they still dingin, just go for another guy. macam bagus je kan nasihat tuh. ekeke :)


Monday, February 21, 2011

tanda2 lelaki ingin putuskan hubungan ??

dah lama rasanya xmembebel dalam belog ini. sejak dua menjak nie macam banyak sangat problem. biasalah kan. hidup xselalunya indah. dugaan tetap akan datang tanpa dijemput. haha. yeah, sape yang nak kan? macam da xde ayat haku nih. kay lah, sebelum saya makin mencarut dan mengarut saya nak kongsikan tips yang saya dapat dari pak cik google. kinda interesting. sape2 yang berkapel tu boleh cekidout. :)

orang laki especially yang pernah sayang kat kita or kesian kat kita maybe susah nak tell us the truth. but, we should notice it by the way the treat us. lets chekitdout ~

SERING INGKAR JANJI OR XTEPATI JANJI
Si dia mula tidak menepati janji untuk berjumpa dengan korang. ada2 jer alasan last minute dia untuk x jumpe dengan korang.

PELBAGAI PERSOALAN
lelaki nie kadang2 dorang macam susah sket nak meluahkan perasaan dorang. Ketika dia merasakan kehilangan cintanya, pelbagai soalan akan mula ditanya, " Adakah kamu rasa ada yang xkena dengan perhubungan ini? ", "mungkin aku bukan orang yang tepat untuk mu"...

RAKAN LEBIH PENTING
Si dia mula mencari teman teman lamanya. Jika dahulu masa hanya dihabiskan bersama kamu, sekarang dia lebih suka lepak bersama rakan-rakan.

MULA MEMUJI WANITA LAIN
Biarpun dahulu si dia mengagumi kecantikan wanita lain, tetapi tidak pernah diungkapkan dihadapan kekasih hatinya. Tetapi tiba-tiba si dia memuji kecantikan dan kehebatan wanita lain, itu bermakna dia ingin anda cemburu dan tidak lagi menjaga perasaan anda.

MENGAPA DIA INGIN PUTUS????

Baby,you're boring..........

Sebahagian lelaki ada beranggapan bahawa wanita yang manja adalah jenis yang cute dan comel. Tapi, kalau berlebihan?? Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri! tentulah membosankan ryte? Jawapan itu memang tidak akan keluar langsung dari mulut dia.